Wednesday, December 25, 2013

Annual Grand Meeting

Post kali nie ak rangkumkan semua sekali.. muahahaha.. memandangkan ak pun kekurangan masa nak update banyak kali so ak update semua terus..

Walaupun cerita nie dah basi sikit okey.. hahaha

----------------------------------

AGM Kelab Memanah.

Diadakan pada hari khamis bersamaan 12hb dis 2013.. Okey ak cerita sikit la latar belakang kelab memanah nie.. Kelab nie baru di tubuhkan pada bulan september 2013.. Hasil usaha seorang rakan ak Pak Cik Fauzy yang bertungkus lumus untuk menubuhkan kelab nie.. Selepas bersusah payah utk turun ke UMP Gambang berjumpa dgn pihak JHEPA akhirnya kelab ini telah di tubuhkan secara rasmi..


Kiranya nie adalah AGM yang pertama untuk kelab nie.. Antara yang dibincangkan dalam AGM kali nie adalah memberitahu tujuan , matlamat dan visi kelab ini di tubuhkan.. Salah satu sebab kenapa kelab nie di tubuhkan adalah membuka peluang kepada student UMP Pekan utk menceburi bidang memanah.. Maklum la Pekan nie kurang sikit permainan berbanding di gambang.. Padang bola pun baru nak siap yang ada hanyalah court basketball dan futsal je.. haha

Ak tahu kelab yang baru ditubuhkan ini mempunya banyak cabaran dan dugaan terutama daripada segi pentadbiran jawatankuasa.. InsyaAllah ak percaya kepada Presiden Fauzy utk memimpin kelab ini.. 

----------------------------------

AGM Kelab Taha@U

 
Kelab taha nie klu review balik post ak yang lama2 nie selalu je muncul.. sebab aku ada join aktiviti diorg.. hahaha... Pada 21hb dis 2013 telah di adakan AGM Kelab Taha@U kali ke 3 di WDKUS01 UMP Gambang.. Alhamdulillah AGM nie berjalan dgn lancar.. haha.. Ak selaku orang yang mempunya jawatan dalam organisasi nie terasa la sikit sedih utk letak jawatan.. hahaha.. Tapi dalam sedih2 tue ada gak gembira sebab telah hilang satu bebanan amanah yang diberikan kepada aku utk menguruskan organisasi nie.. 

Dalam agm nie aku ada la kasi sikit presentation.. Agk gementar bila berhadapan dgn ramai orang.. tak rasa langsung macam ak present dalam kelas.. LOL.. Maybe softskill kurang dan kena kuatkan lagi softskill nie supaya lebih mantap pada masa akan datang.. 

Barisan kepimpinan baru dan lama
 Apa2 pun ak ucapkan Tahniah kepada kepimpinan baru yang diketuai oleh Saudara Muzakkir.. InsyaAllah kepimpinan baru ini lebih mantap daripada kepimpinan sebelumnya.. Lebih power daripada kita org.. Aktiviti yang akan dijalankan lepas ini oleh Kelab Taha akan lebih gempak dan berkualiti selepas ini.. hehe.. 

Yang Penting AGM nie ada makanan.. Haha..

 ----------------------------------

AGM SMACH

Kepimpinan SMACH yang baru

SMACH atau nama lain dia Society of Manufacturing and Mechatronic Student telah mengadakan AGM pada malam semalam 24hb Dis 2013.. AGM nie di adakan bagi melantik kepimpinan baru fakulti.. haha.. Senang cerita SMACH nie kelab fakulti aku la.. haha.. Kalau kelab student mekanikal nama dia MECHAPRO , klu fakulti electric nama kelab diorg EEES *triple ES*.

Antara yang di bentangkan dalam AGM nie berkaitan dgn aktiviti yang dilakukan oleh SMACH serta perbelanjaan yang digunkan oleh SMACH sepanjang 2012/2013... Presiden SMACH pada sem nie adalah saudara Afiq dan timbalan presiden saudari Soliha.. 


Mereka juga membentangkan tentang perancangan yang telah mereka bincangkan sesama kabinet antaranya adalah RoboCup , Program Ikatan Kasih , Sukan antara fakulti , Perasmian Galeri , Dinner Fakulti , Anugerah Ir Muda dan Dekan , dan lain lain lagi..

Yang penting AGM nie ada makanan.. Haha..

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails