Sunday, July 28, 2013

Rezeki



Selama aku bekeje nie.. aku ada belajar beberapa pekara.. salah satunya adalah tentang rezeki.. hehe.. mai aku cerita sikit apa pekerjaan semasa aku sekarang.. sempena cuti semester nie.. ak bekeje sambilan di salah sebuah kedai yang ada di giant tambun..

Oke cerita balik bab rezeki.. Biasalah pekerjaan seperti aku nie kekadang ada pasang surutnya.. haha.. ada hari sale dapat tinggi sesangat *Alhamdulillah* dan ada kalanya sale dapat sikit sangat *Alhamdulillah juga*.. kekadang kita terlupa untuk mengucapkan kesyukuran kepada sang Pencipta..

Dari Umar bin Khattab RA, ia berkata, “Saya mendengar Rassulullah SAW bersabda, ‘Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian seperti seekor burung, pagi-pagi ia keluar dari sarangnya dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang “ (HR.Ahmad dan Turmuzi).

aku kembali kepada konsep D.U.I.T .. tiap2 hari kita sembahyang mesti kita akan berdoa tentang rezeki kita kan ?

doa murah rezeki.

jadi apakah konsep D.U.I.T ? Doa.Usaha.Ikthiar.Tawakal. Jika diikutkan semua pekara yang kita lakukan kena la bermula dengan doa.. sama juga macam kita belajar.. hehe.. tapi ini konteks dalam pekerjaan.. Berdoa memohon rezeki supaya sale hari nie dapat tinggi..

Usaha pula bagaimana ? dengan mempromosikan barangan jualan.. mungkin ada sesetengah customer tak terdetik ingin membeli barangan lain tetapi kita tetap boleh promote kan ? tak rugi mencuba.. hehe..

Ikhtiar pula bagaimana ? dengan memberikan satu kelainan kepada customer.. seperti memberikan layanan yang baik kepada customer mereka.. mungkin juga mereka akan berubah hati untuk membeli walaupun barangan itu berharga murah..

Tawakal pula bagaimana ? setelah melakukan semua itu kita tawakal.. hehe.. rezeki yang Allah berikan pada haritue mungkin sekadar itu sahaja.. Tawakal adalah pekara yang paling akhir sekali.. *mungkin time kira sale*

Allah berfirman “ … Jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian, dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih “ (Ibrahim 7).


“Siapa yang menyambung silaturrahmi, maka akan Aku sambung rahmat-Ku untuknya. Dan siapa yang memutuskan silaturrahmi, maka Aku putuskan pula rahmat-Ku untuknya “ (HR. Tirmuzi dan Abu Daud).


dan



“Bersedekahlah kalian, dan jangan (terlalu) lama disimpan dan ditahan. Sebab jika demikian, Allah SWT akan menahan (karunia-Nya) untukmu “ (HR. Bukhari ).



Hehehe.. buat mereka yang banyak sale utk raya nie.. jangan lupa sedekah / infakkan sedikit rezeki anda ke jalan Allah atau peti peti derma.. tidak kurang harta kita jika kita gadaikan untuk Islam.. Semoga rezeki kita semakin bertambah..










Salam Ramadan ke 19 hari : )






6 comments:

  1. Replies
    1. sama2 kita share apa yang kita dapat.. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Betul2.. Bak kata hadis melayu, yang pipih x datang melayang, yang bulat x dtg bergolek.
    Kalau kita tambah perisa taqwa dalam amal, rezeki akan dtg walaupun dari celah2 batu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul.. kebergantungan kita kepada maha pencipta kena kuat..

      Delete

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails