Tuesday, July 9, 2013

Review Novel Suami Aku Ustaz


aku rembat daripada blog orang



Ya aku tau novel nie dah lama.. tapi aku baru je abis baca dan aku rasa macam nak buat satu post untuk novel nie.. haha.. pertamanya mesti ada yang pelik lelaki minat untuk membaca novel kan ? sebenarnya aku sendiri tak suka baca novel melaikan buku ilmiah aje... tapi disebabkan keboringan tahap gaban.. So aku beli dan baca.. haha..



Novel Suami Aku Ustaz yang di tulis oleh Hannah Dhaniyah..


Nak kata seronok sangat baca buku nie tak la.. tapi maybe aku tertarik untuk membaca buku nie sebab ianya berasaskan islamic dan boleh juga di kategorikan sebagai ilmiah juga.. Ada macam macam tips dan pengisian yang terdapat dalam novel nie yang aku peroleh...


Sinopsis sikit tentang cerita SUAMI AKU USTAZ...
NurAlisa atau Lisa merupakan seorang anak tunggal yang sedang belajar di tingkatan lima bersama2 dengan rakan2nya Paan , Wati dan Joe.. Hafiz pula merupakan seorang ustaz di sekolah beliau.. Pertalian antara Lisa dan Hafiz adalah sepupu.. Untuk di jadikan cerita Ibu dan bapa Alisa akan pergi menunaikan haji.. Jadi mereka telah merancang untuk kahwinkan antara Hafiz dan Lisa.. Kalau di ikutkan undang undang malaysia nie budak umur 17 tahun mana boleh kahwin kan ? haaaaaa... di tambah pula dengan konflik antara cinta Joe dan Alisa.. Begitu juga rahsia hati Cikgu Liyana dan Ustaz Hafiz... hahaha so apa kesudahnya ? Korang kena baca sampai habis.. :P


Sinopsis yang aku kasi nie intro je.. ada macam2 lagi dalam tue.. Kalau nak tau lagi mendalam korang kena baca sampai habis tak banyak pon dalam 500 muka surat je.. hahaha.. kalau fokus betul betul 1 hari pun boleh habis...


Dengar ura ura cerita SUAMI AKU USTAZ ini akan di buat drama.. hehehe.. adakah korang tau sapa pelakonnye ?

izzue islam sebagai Joe

mengikut apa yang aku google la kan diorg cakap pelakon dia Alisa ialah Nora Danish *memang sesuai sebab dalam novel watak alisan comel comel dan manja* dan Ustaz Hafiz ialah Adi Putra kot.. tidak berapa nak pasti sebab tak dapat maklumat tepat untuk filem nie... ini pon sekadar tengok dekat utube yang tak berapa nak jelas...


Apa apa pon sebelum cerita nie nak keluar baik kita habiskan baca buku dulu. hahahaha.. takde la tertanya2 sangat jalan cerita macam mana.. feeling membaca dan feeling menonton tersangat la lain...







Bila dia jeling aku tanda tak suka ,
mesti jantung aku melompat lompat bagai nak gila
- Alisa -








Apa tunggu lagi kalau JUMPA terus BELI yee..
selamat MEMBACA dan MENCARI.. : )




No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails