Friday, July 26, 2013

Nuzul Quran

Alhamdulillah..



Sedar tak sedar dah 17 hari aku berpuasa.. terasa kejap sangat.. kejap kejap kejap sangat.. rasa macam semalam baru je 1 ramadan.. rasa macam semalam baru start terawih.. rasa macam semalam baru je start bersahur..


apa yang ada pada hari ke 17 puasa nie ?








semestinya kita orang islam kena tahu tentang pekara ini.. Jangan sampai kita tahu hari istimewa agama lain contoh valentine , mothers day , fathers day.. tapi hari istimewa utk orang islam sendiri pon kita tak tau.. kena amik kisah sikit la bro..



Hari ini merupakan Nuzul Quran



Nuzul bererti turun atau pindah randah atau ulang alik.. Manakala Quran bererti himpunan bacaan yang terkandungnya tentang tauhid , muamalat , perundangan dan macam macam lagi..









Jadi istilah sebenar Nuzul Quran adalah penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia seluruh alam.


terdapat banyak pendapat tentang berlakunya penurunan Al-Quran. Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). 


Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). 


Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.









Namun tradisi Al-Quran telah lazimnya diperingati pada 17 Ramadan.. *hari nie la*  Jadi mari kita wat revision sikit sepanjang 17 hari kita dah ada dalam bulan ramadan nie..

 1 ) dalam masa 17 hari , adakah puasa kita hingga hari ini cukup ?

2 ) dalam masa 17 hari , berapa kali kita menunaikan solat sunat terawih ?

3 ) dalam masa 17 hari , berapa kali kita bangun untuk bersahur ?

4 ) dalam masa 17 hari .berapa kali kita bangun untuk qiam memohon kepada pencipta ?

5 ) dalam masa 17 hari , berapa ringgit duit / barang yang telah kita sedekahkan kepada mereka yang memerlukan ?




Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi
al-Quran daripada (Allah) yang maha bijaksana lagi maha mengetahui (surah an-Naml: ayat 6)




Jadi sempena Nuzul Quran nie marilah kita mendekatkan diri dengan Al Quran.. mungkin sebelum ini kita hanya sekadar melihat Al Quran.. atau Membaca sahaja tanpa memahami makna.. atau mungkin boleh advance lagi dengan memahami setiap bait bait ayat didalam Al Quran supaya lebih khusyuk lagi sembahyang kita pada masa akan datang...











Percaturan ALLAH itu sangat baik..
Hari ini hari Jumaat..
Penghulu segala hari..
Hari ini juga Nuzul Quran..
Allahuakbar..
26-July-2013 @ 17 Ramadan 1434 Hijriah





6 comments:

  1. Dah 17 hari.. cptnya masa berlalu. serious sedih plak nak tinggalkan ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. para sahabat menyambut bulan ramadan lebih daripada bulan syawal.. mohon kita berdoa agak dapat berjumpa dengar ramdan pada tahun akan dtg..

      Delete
  2. Replies
    1. sharing is caring.. hehe.. welcome..

      Delete
  3. nice sharing..
    tq 4 shring pasai nuzul al-quran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome bro.. hehe.. teruskan share ilmu..

      Delete

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails