Thursday, July 4, 2013

Dr Muhamad Morsy


Siapakah Dr Muhamad Morsy ?

Secara tak berapa nak ringkasnya aku nak cerita mengenai Dr Muhamad Morsy.. Beliau merupakan Presiden Mesir selepas Hosni Mubarak di gulingkan oleh rakyatnya sendiri akibat daripada penipuan dalam undian.. Rakyat di Mesir telah mengimpikan terlalu lama untuk mendapatkan pimpinan baru..

Dr Muhamad Morsy merupakan parti pembangkang mewakili Ikhwanul Muslimin.. Revolusi Mesir menyebabkan pemerintahan baru.. selama 30 tahun rakyatnya menderita akibat kekejaman daripada Hosni Mubarak dan akhirnya pada tahun 2012 telah bertukarnya pucuk pemimpinan *skema gila ayat aku*.

Beliau bukan sekadar aktif sebagai tenaga pengajar di salah sebuah Universiti di AS tetapi beliau juga aktif dalam menyampaikan dakwah... Beliau juga memerangi sebarang bentuk kezaliman dan keadilan utk di pihak yang benar..



Apa yang terjadi selepas 1 tahun ?

Hari ini bersamaan 4 July 2013 , genap sedikit 1 tahun pimpinan Dr Muhamad Morsy.. Dapat kita lihat telah banyak perubahan dan nafas baru yang telah di bawa oleh beliau... Menjadi ikon kepada negara negara yang ingin membangun..

Hari nie juga merupakan hari di mana Presiden Dr Muhamad Morsy telah di gulingkan oleh tenteranya sendiri daripada jawatan sebagai presiden... Pemberitahuan mengenai hal ini telah di sebarkan sejak jam 3 pagi tadi...

Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi (tentera) adalah menteri pertahanan yang dilantik Presiden mesir Mohamed Morsi, menggantikan tontowi yang dipecat (kemudian diangkat menjadi penasihat presiden).



Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi:

1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.


Ini bermakna, mursi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada ketua hakim. umum ketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi masih dikuasai oleh puak mubarak. sudah pasti perancangan jahat dan licik ini disusun rapi, demi memastikan mesir diperintah oleh jenama Mubarak. mubarak berpotensi bebas, sekali dengan sekutu-sekutunya. Ini menunjukkan bahawa perancangan untuk menjatuhkan Dr. Muhamad Morsy ini telah di rancang oleh segelintir pihak.. 



Update status berkenaan Presiden Mesir di gulingkan oleh TG Nik Aziz Nik Mat

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M
— at Masjid Pulau Melaka.


Walaupun kita bukan berada di Mesir tetapi kita turut rasa kesedihan ini.. Mari lah kita doakan agar kepimpinan Dr. Muhamad Morsy kembali seperti biasa..



 
Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7) 





Mari tunjukkan sokongan kepada Dr. Muhamad Morsyi dengan menukar DP dan Cover Photo...







Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!







Allah berfirman: "Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu" (Mukminun 23:71)

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails