Monday, July 8, 2013

Donate Organs and Save Life

Alhamdulillah


tinggal lagi 4 hari rasanya kita akan bertemu dengan bulan ramadan.. hehe.. rasa tidak sabar nak berpuasa.. rasa gembira bila dapat jumpa dengan bulan ramadan...



So aku nak cerita apa yang terjadi pada semalam.. semalam bertempat di Giant Tambun telah di adakan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA.. macam biasa antaranya ambil darah utk check kencing manis , dan check bp.. mungkin ada sesetengah orang melihat bahawa pekara pekara ini remeh..

someone : apa la sangat check benda nie.. PERCUMA ? kalau bayar pon berapa ringgit je..

someone : Ala aku dah sihat la.. tengok ? ak tak sakit kan ? tak pernah ada tanda2 kena kencing manis atau sakit jantung pon.. tak perlu la check...

someone : aku takot jarum la nak check darahhhh.. sakit.. takot.. 


Mungkin pemikiran sebegini adalah negetif.. hahaha.. tapi rasanya tak salah untuk mengetahui tahap kesihatan kita kan ? Kat rumah aku ada je tempat nak check darah utk tahu kandungan gula dalam darah tinggi ke tak.. kalau nak beli jarum dengan strips tue mmg mahal.. kesemua sekali dalam seratus ringgit utk 50 kali guna.. hahaha... mahal kan ?


Jadi kalau ada benda free nie tak salah pun nak mencuba.. hehe.. Mereka2 yang datang dripd Hospital Raja Permaisuri Bainun ini bukan sekadar untuk datang utk pemeriksaan kesihatan.. tetapi mereka juga mengadakan KEMPEN MENDERMA ORGAN...



Apakah KEMPEN MENDERMA ORGAN ini ?
Kempen ini di adakan utk mencari sukarelawan yang sanggup memberikan organ mereka di saat seseorang memerlukan.. mereka mencari sukarelawan dengan memberikan fakta fakta berkenaan pendermaan organ..


Bagaimana untuk MENDERMA ORGAN ini ?
Kita boleh menderma organ ini apabila kita telah pun meninggal dunia.. Yup.. mesti korang terfikirkan.. dah mati macam mana nak derma organ plak ? hehehe.. yup mmg betul.. setelah aku baca pamplate yang di berikan itu.. dia ada menjelaskan.. kita ini apabila telah meninggal dunia otak kita sahaja yang mati.. tetapi organ dalam kita still berfungsi untuk beberapa jam.. kerana pertukaran oksigen dalam darah still ada lagi..


Boleh derma ORGAN aje ke ?
kita boleh derma ORGAN dan macam macam lagi.. Antara yang boleh di dermakan adalah Jantung , buah pinggang , mata , kulit , tulang dan macam macam lagi..


Mungkin ada di antara kita tidak sanggupkan ? terutamanya ahli keluarga.. takpe takpe.. kalau kita niat pun Allah telah memberikan pahala buat kita betul tak ? tak salah kita berniat untuk buat pekara baik..


kalau di takdirkan kita dapat menderma alhamdulillah itu adalah salah satu saham akhirat... hehehe.. akak jururawat tue ada cakap yang kalau kita dah daftar untuk MENDERMA ORGAN tetapi family kita tidak di benarkan tetap tidak boleh di dermakan..


Mungkin takde yang sanggup untuk melihat jenazah dalam keadaan tidak cukup sifat.. hoho.. Semoga amalan sedikit kita pada hari ini menjadi keberkatan.. : )

maklumat lanjut boleh ke :
http://www.agiftoflife.gov.my
http://www.facebook.com/agiftoflife








MARHABAN YAA RAMADHAN
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 3 hri lagi NAFAS
┆ Menjadi TASBIH...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 3 hri lagi TIDUR
┆ menjadi IBADAH...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 3 hri lagi DOA
┆ ϑǐ IJABAH...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ 3 hari lagi PAHALA
┆ di lipat gandakan...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶
┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Itu semua tidak akan terjadi
┆tanpa maaf tulus & k'ikhlasan
┆dari biskita...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶ ┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Izinkan kedua telapak tangan kami
┆ bertengkup memohon maaf, Untuk;
┆ Lisan yang terlanjur...
┆ Janji yang terabaikan...
┆ Hati yang berprasangka..dan
┆ Semua sikap yang menyakitkan...
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽̶ ┏┉┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Marhaban ya ramadhan
┆мσнση мααƒ αтαѕ ѕєgαlα
┆кєкнιlαƒαn ѕєlαмα ιηι
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ┈⌣̊┈̥-̶̯͡♈̷̴✽




 

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails