Thursday, July 11, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

"Allahumma balighna Ramadan"
Ya Allah sampaikanlah kami pada bulan Ramadan


Alhamdulillah


Akhirnya dapat juga aku puasa di bulan Ramadan sekali lagi.. Hari nie dah masuk Ramadan yang kedua.. Rasa bersyukur kehadrat Ilahi kerana di berikan waktu masa kesihatan untuk menempuh bulan yang penuh keberkatan...


Teringat waktu kecil kecil dulu time sekolah agama.. di ceritakan keberkatan tentang bulan ramadan.. Di mana "Setiap amal manusia adalah untuknya. Sebuah kebaikan diganjar dengan sepuluh kali hingga 700 kali lipat, kecuali shaum. Aku yang akan memberi balasannya. Karena ia meninggalkan syhwatnya, makan dan minumnya untukKu.."  Allahuakbar besarnya ganjaran kan ? Jikalau ganjaran yang ALLAH berikan itu kita nampak di depan mata kita maka pasti ramai yang ingin melakukan kebaikan dan tinggalkan segala kemungkaran..



Jadi mari kita setting target kita untuk bulan ini.. hehe.. Mesti ada di antara kita yang nak habiskan sebuah AL QURAN kan ? Yup jika di fikirkan kembali novel yang setebal 400 muka surat pun kita boleh habiskan bacaan dalam satu hari.. Inikan pula AL QURAN kan ?












"Bersabarlah akan godaan dunia, kerana kita tak akan mampu bersabar dengan azab api neraka." 









 Sempena bulan mulia nie aku cuba untuk perbaiki diri sikit demi sedikit seperti perbanyakkan amalan membaca AL QURAN , solat di awal waktu , tidak tinggal sembahyang fardhu , sembahyang terawih , tuntut ilmu dan lain lain lagi..


Hidup kita di dunia ini sebenarnya seketika.. kita sendiri tidak tahu bila akan ketemu dengan ajal.. jika di tetapkan pada bulan ramadan ini kematian menemui kita , maka ini adalah ramadan terakhir kan ? hehehe





Sejujurnya aku tak sabar dengan puasa kali ini.. terasa lain macam sikit puasa tahun ini.. mungkin kerana ini adalah kali pertama aku dapat berpuasa pada hari hari pertama puasa bersama sama keluarga sebab sebelum nie semua berpuasa awal bersama sama dengan kawan kawan... haha.. sejak umur 13 tahun sampai la umur 19 tahun.. hehehe..


apa apa pon teruskan lakukan amalan.. mari kita mencari pahala.. ini baru hari hari terawal.. lupakan tentang raya dahulu... *radio dan pasaraya dah pasang lagu raya , sama dengan tempat aku keje kat area Giant nie dah pasang lagu raya pada 1 ramadan* Mari kita sambut Ramadan lagi GEMPAK daripada sambut bulan Syawal..




Ya Allah, jadikan Ramadhan tahun ini Ramadan yang terbaik daripada tahun-tahun lepas. Jadikan Ramadhan ini bulan untuk permulaan untuk istiqamah melakukan ibadat kepadaMu. Sujudku , perbuatanku , amalanku semuanya hanya untukMu Ya ALLAH






3 comments:

  1. yup farhana selamat berpuasa juga.. moga2 kita dpt tingkatkan amalan kita dan terus istiqamah

    ReplyDelete

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails