Monday, June 24, 2013

Nifsu Sya'ban



Apabila datang malam nisfu sya'ban makan beribadatlah
di malamnya dan puasalah di siang harinya..
sesungguhnya Allah menurunkan rahmatnya dan para Malaikatnya
pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri ,
siapa meminta keselamatan aku pelihara , sesiapa yang hendak sesuatu
maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar


hari ini 24 hb Jun bersamaan 15 Syaaban.. Pada malam 15 Sya'ban di mana amalan kita semua akan di bawa oleh Malaikat untuk di tukarkan kepada lembaran amalan baru.. Malam nisfu sya'ban diantara malam yang berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar...


 
 
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”


Nabi Muhammad mengalakkan umatnya untuk bangun pada 1/3 malam untuk melakukan solat sunat.. berzikir.. bertahmid kepada Allah dan Rasulullah serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan di angkat dalam keadaan tidur atau lalai..


Seperti yang kita ketahui juga.. bulan Sya'ban adalah bulan untuk Nabi Muhammad SAW.. Jadi mari kita tingkatkan amalan kita pada bulan ini.. Memperbanyakkan zikir.. Berpuasa sebelum menjelang ramadan kurang dari 15 hari lagi akan menjelma...


hehe.. aku nasihat untuk diri aku juga nie.. kita nie umat akhir zaman sering terlupa.. aku sendiri terlupa.. perlu ada orang yang rajin untuk menasihati.. ingat mengingati sesama kita... 

Mari kita kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi amalan kita..
Adiosss~




p/s : mari puasa esok.. ayoooo~ Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails