Wednesday, June 26, 2013

Jerebu

Assalamualaikum...

Sedikit update di awal pagi  Rabu ini.. Ramai orang kecoh dan sibuk berkenaan dengan kes jerebu baru baru ini yang melanda Malaysia baru baru ini.. Mereka mengatakan bahawa masalah jerebu ini berlaku akibat daripada pembakaran secara terbuka oleh jiran kita indonesia menyebabkan negara singapore dan malaysia menjadi mangsa asap.. Sekolah di area kawasan2 yang di katakan IPU nya kritikal di berikan cuti sementara.. *seronok ye korang cuti*

Jadi sapa yang perlu di persalahkan dalam hal ini ?

Pada aku masalah jerebu nie seharusnya di persalahkan kepada syarikat syarikat yang bertanggungjawab.. mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap pembakaran ini kerana menyebabkan aktiviti rakyat malaysia terganggu. Selain itu menyebabkan berlakunya pencemaran dan penyakit kepada rakyat yang tidak berdosa...

tapi hakikatnya jerebu yang berlaku ini ada hikmahnya.. Jerebu ini mengingatkan kita salah satu daripada ayat alquran dalam surah ad-Dukhan (asap) ayat 9-12:
 

9. Bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.
 

10. Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang nyata.
 

11. Yang akan menimpa seluruh manusia sehingga mereka berkata: "Inilah azab yang pedih".
 

12. Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman.

 Jadi rasanya tidak perlu kita salahkan sesiapa.. yang perlu ialah kita cari jalan penyelesaian..


Apa yang perlu kita lakukan sekarang untuk mengatasi masalah jerebu ?

Antara yang di cuba di lakukan oleh kerajaan ialah pembenihan awan.. Pembenihan awan ialah satu proses di mana cubaan untuk melakukan awan melalui beberapa kaedah.. tetapi proses ini mempunya PRO dan CON... Selain itu juga proses ini memerlukan penelitian dan sangat rumit... Aku ada search sikit pasal pembenihan awan nie.. korang boleh baca di link ini http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/07/menternak-awan/

selain daripada tue kita boleh la berdoa.. berdoa dan berdoa.. supaya Allah menurunkan hujan di bumi malaysia ini.. supaya hujan dapat turun.. aku ada perasan juga sejak beberapa hari tempat aku nie tak hujan.. hampir 5 hari sudah... haha... tiap tiap malam panas.. rasa macam bahang je..

(Allahumma aghitsnaa, Allahumma aghitsnaa, Allahumma aghitsnaa)

(Allahumma asqinaa ghoitsan, mughiitsan, marii-an, naafi’an Ghiro dhoorrin, ‘aajilan ghoiro aajilin)

(Allahumma Asqi ‘ibaadaka wabahaa-imaka wansyur rohmataka, wa ahyii baladakal mayyit)

(Laa ilaaha illaaLlah, yaf’alu maa yuriid. Allahumma AntaLlahu laa ilaaha illaa Antal Ghiniyyu wa nahnul fuqoroo-u, anzil ‘alainal ghoitsa waj’al maa anzalta lanaa quwwatan wabalaghon ilaa hiin)

ini adalah doa doa yang diambil dari hadits riwayat Abu Dawud yang dibaca oleh Rasulullah ﷺ ketika Solat Istisqa’ (solat minta hujan).

boleh juga di baca dalam doa harian.. insyaAllah..
















p/s : "Ya Allah rupa-rupanya Kau berikan kami jerebu agar kami mensyukuri hujan. Kau hadiahkan kami syukur setelah mendidik kami sabar."


No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails