Thursday, January 24, 2013

Maulidur Rasul


Mari kita baca sedikit tentang sirah Rasulullah.. Peristiwa disebalik kelahiran Nabi Muhamad S.A.W...

1.  Malaikat Memberitahu

Aminah tidak perasan kehamilannya hinggalah ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau kesan. Kehamilan Aminah hanya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Setiap malam mimpinya jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitah dan lain lain yang memberitahu dia, Hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.” 

“Iya ke? Aku tidak mengandung!” kata Aminah. Hampir setiap malam, beliau bermimpi dan kata-kata itu kerap diulangi, “Hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan Nabi akhir zaman.” Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama, kerana dia berikiran dia tidak mengandung.


2.  Wajah Ibu Bapa Bercahaya

Abdullah bin Abdul Muthalib yang bakal  mewariskan zuriat Nabi akhir zaman telah Allah berikan tanda di dahinya cahaya dari usia kecil lagi. Terutama waktu malam, apabila dia pergi ke mana-mana orang akan nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Kemudian setelah kehamilan Aminah, cahaya tersebut berpindah daripada wajahnya Abdullah ke wajah isterinya.

3.  Bersih Tanpa Darah

Aminah semasa mengandungkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dia tidak pernah merasa sakit dan susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain. Waktu lahir, Baginda tidak macam anak-anak lain lahir, jika anak-anak lain emaknya akan rasa sakit dan keluar darah. Ini bersih, elok  dan bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis malahan tersenyum.


4.  Telah Terputus

Aminah juga menyedari kelahiran bayinya tidak seperti anak-anak baru lahir yang lain. Dengan kehendak Allah SWT, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan (bersunat) dan tali pusatnya juga telah siap diputuskan.




5. Kehancuran Tentera Bergajah

Kedatangan tentera bergajah hendak menyerang kota Mekah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil. Ia diketuai oleh Abrahah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah SWT.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.



6.  Musnahnya Berhala

Dikatakan juga pada malam kelahiran Sallallahu Alaihi Wasallam, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”




7.  Runtuhnya Istana Kisra 

Di tempat yang lain pula satu gempa dan goncangan telah berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak seribu, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan penyebab kemusnahan keegoan kekuasaan dan  tanda-tanda kejatuhan serta runtuhnya kerajaan tersebut.




8.  Padamnya Api Sembahan

Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah terpadam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.



9.   Semua Gereja Sanrah Roboh

Berbagai keajaiban di luar jangka telah terjadi pada hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, termasuk gereja-gereja batu di sekitar Wadi Sanrah roboh ranap setelah di landa gempa bumi.




10.  Lenyapnya Tasik Sava

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalla, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah ditelan bumi. Maka telah lenyap satu lagi pusat sembahan yang dibanggakan.



11.  Berakhirnya Pengetahuan Ghaib

Setelah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.



12.  Rahmat Seluruh Alam

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
Allahuakhbar.. Bertapa istimewanya manusia ini.. Hari ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434 seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhamad..

Kalau dulu waktu sekolah rendah dan menengah akan di adakan perarakkan daripada luar sekolah sampai la ke padang.. Untuk meraikan Hari Keputeraan Nabi Muhamad.. seriesly EE rindu sangat masa masa sebegini..


teringat balik bila setiap kali Maulidur Rasul mesti lagu ini akan di nyanyikan.. huhu.. Ya Allah .. Bertapa hebatnya manusia akhir zaman.. Walaupun kami tidak dapat bersama Nabi Muhamad tetapi kami selalu berdoa.. Kami selalu berselawat.. Kami selalu merinduimu Nabi Muhamad...



Semoga kita sentiasa belajar sesuatu daripada Baginda Rasulullah S.A.W , sentiasa berselawat ke atasnya dan sentiasa mengikuti cara kehidupan Rasulullah kerana ianya adalah satu satunya cara untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat..

Kita masih mencari mencari apakah perjuangan yang perlu kita perjuangankan Adakah anda tahu ? Ya perjuangan yang Rasulullah perjuangankan itu lah yang kita harus teruskan.. Perjuangan menyebarkan agama Allah kepada rakan rakan kita... Usaha agama yang berterusan.. Semoga amalan kita ini di terima sebagai ibadah..

Amin ^_^







p/s : 1 bulan 10 hari tak update blog
makanya terasa amat janggal untuk update..
sebelum menulis mcm banyak benda nak tulis...
bila nak tulis , tak tau nak tulis apa... haishhh ^^

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails