Friday, December 14, 2012

tiada.tajuk


Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah 

bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

-------

berikut adalah firman Allah dan sabda Nabi tentang kederhakaan anak kepada kedua dua ibu dan bapanya...



mari kita amik masa 10 minit


eh 


...


lama sangat plak



1 minit pon jadi kawan kawan..



muhasabah diri kita
pernah ke kita menyakiti hati kedua ibu bapa kita..
membuat mereka risau..
membuat mereka terasa hati..
dan membuat macam2 lagi..




sedarlah sebelum terlambat.




tiada apa2 yang lebih bermakna di dunia ini selain daripada kasih dan sayang ibu bapa yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit..

:'(         

2 comments:

  1. btol.. btol ky sokong... sedey.. dok jaoh lagi sedey tak dpt tgk mak and abah sentiasa... sayangi mereka sentiasa...

    ReplyDelete
  2. takpe.. duduk jauh pon still leh doakan untuk mereka.. :)

    ReplyDelete

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails