Monday, October 1, 2012

Kem Bridge Siswa

Assalamualaikum...

Cerita dan cerita.. itu la fungsi utama EE buat blog sebab nak cerita dan cerita.. Pada hari jumaat yang lepas bersamaan dengan 28 haribulan september EE telah pon berada di Kem Yusbika , Paloh Hinai untuk menyertai kem bridge siswa.. Salah satu daripada subjek koko dekat ump nie.. So semua wajib amik koko melainkan budak budak poli *demm diorg boleh transfer kredit di saat akhir jeles* tapi EE rasa waktu kat matrik dulu EE ada amik koko gak tak leh transfer ke En Opis ? hahaha~

Takpe la dengan penuh ke ikhlasan pon pergi je la kem tue.. kem tue selama 3 hari 2 malam kat sana.. Sebelum nak sampai tue terbayang macam2 aktiviti.. duduk dalam hutan.. khemas kecik leh tido 3 org je.. ada binatang buas dan macam2 lagi.. haha.. tapi itu semua imaginasi kosong sebelum sampai... Kondisi di kem yusbika tue sangat memuaskan hati.. Selesa sesangat tido didalam kanopi besar seramai 55 org pelajar lelaki tido dalam tue...

Ad tempat mandi so leh mandi ramai2.. tandas pon oke takde la kotor.. kira memang nampak tempat tue di jaga dengan baik... Hari jumaat tue kitorg di beri taklimat oleh En.Munsif ( nie kot nama dia ) kiranya aktiviti jumaat tuee semua sesi suai kenal.. so ada beberapa la yang EE baru kenal kat sana... grouping lelaki plak semua member2 EE iaitu Said , Khairi ( bear ) , Habib , Farid ( pakwan ).. dan budak2 pompuan plak baru kenal time kem tue ada 3 org iaitu Jun , Azureen dan Aisyah.. Diorg memang supporting.. korg kena tau guys korg tersangat la supporting beb... rugi sapa tak group dengan korg.. haha.. : )

Di teruskan plak pada hari sabtu , kitorg dipecahkan kepada dua kumpulan , satu kumpulan gerak ke perkampung org asli ( org asli la sgt siap ada kereta hilux lagi rumah cantik2 ) untuk wat khidmat bakti kat sana.. antaranya bersihkan balai , surau , cat miural dan lain lain.. then lagi satu kumpulan stay kat kem setting barang untuk ahad dan kemas2 kem.. Pergi cari kayu api.. EE amik keputusan untuk follow masok ke hutan cari kayu api.. hehe.. best best best.. itu je yang mampu di ungkapkan.. potong2 kayu dan tgk keindahan ciptaan ilahi didalam hutan plak.. : )

lepas tue ada aktiviti buat gadjet.. dia beli tali rafia sepanjang 15 meter * lebih kurg * untuk buat satu gadjet yang boleh menampung berat sebijik buat kelapa.. so kami buat la bentuk spider web.. hehe.. waktu nie buat dalam kumpulan lain.. so berkenalan lagi ngan awek2 lain.. tapi lpe nak interview nama.. wakakakaka...

sepanjang kem nie kitaorg tak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan org luar.. handphone kitorg kasi dekat pegawai untuk di simpan..sebarang jenis bergambar means nak tangkap gmbar pon tak dibenarkan... bukan tue je kem nie gak memupuk kemahiran insaniah kitorg.. walaupon nampak kem nie macam remeh je.. tetapi input dalam kem nie sgt mendalam.. bukan inginkan hasil tetapi ingin memberikan sedikit kesedaran untuk kitorg berfikir.. *mksd mendalam tue* 

malam sabtu plak ada persembahan kebudayaan.. masing2 grouping buat persembahan bertemakan kesedihan.. tak kira la kesedihan sebab ibubapa , kekasih , haiwan atau apa2.. waktu tue memang leleh abis la.. leh nmpk perempuan mata merah je semua.. hehe.. persembahan kebudayaan tue bermula lepas isyak dan habis pukul 12.30 malam.. lepas tue kitorg terus dengan aktiviti paling seronok , SOLO MIDNITE.. hehe..

Jadi apa tue SOLO MIDNITE ? aktiviti nie masok dalam hutan.. trainer akan lepaskan seorang demi seorang pelajar untuk masok ke dalam hutan.. just kita kena ikot je tali yang di sediakan.. ada bnyk rintangan selut dalam , jalan kecik , jalan curam.. bnyk lagi.. aktiviti mula pukul 1 pagi then habis kul 6 pagi.. turn EE masok dalam hutan tue pukul 2.30 pagi.. tipu la kan klu cakap takde perasaan takot langsung.. mesti ada sikit.. malam tue plak bulan memang terang.. so leh nmpk jalan2 sikit , nampak org sikit , nmpk burung sikit... hahahaha.. itu la perasaan dan pengalaman paling best.. memang menguji kesabaran dan keberanian...

EE dan member2 sebelum tunggu giliran tue sempat lagi makan dan tido.. mana tempat lapang tido,.. atas rumput tido.. atas jalan tido.. dalam hutan pon tido.. hehehe.. bila masok dalam hutan tue ada trainer yang menjaga checkpoint akan kaco kitorg.. panggil nama , buat bunyi , jatuhkan replika hantu dan macam2 lagi.. tapi seriesly pengalaman tue memang best... tapi penat sikit sebab seharian tak tidoooo.'

lepas balik daripada solo midnite pukul 6 pagi , mandi , basuh kasut *tengelam dalam selut* dan sembahyang subuh.. kitorg diberikan masa 2 jam je tido.. dalam pukul 8.30 pagi kena bangun balik untuk teruskan aktiviti.. hehe.. hari terakhir ahad tue kitorg diberikan task untuk main masak2.. so semua buat kerja.. antara lauk2 yang di masak ialah sayur paku pakis goreng , ayam masak merah , sambal mangga , telur goreng dan air asam limau... sesambil masak2 tue ada yang cuci kawasan kem.. tambak tanah dan lain lain...

walaupon assignment banyak minggu nie tapi takde la 3 hari 2 malam nie EE buang masa... sebab bila pikir balik kem nie memang bagus.. memupuk leadership , teamworking , kesabaran , idea , ketahanan mental dan fizikal.. kalau EE cerita lagi terperinci memang tak cukup nie.. hahahaha... apa2 pon trainer , fasi dan pegawai memang terbaik...

setakat tue je cerita untuk kali nie... kepada reader sori la post kali nie takde gambar langsung.. dan post nie gak panjang.. kalau ikot ada lagi panjang nie pon EE dah cut sikit2.. hahaha...

adios~

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails