Tuesday, October 9, 2012

1Citizen


Assalamualaikum..

2 minggu yang amat meletihkan.. sampai EE sendiri takde masa nak berehat sebabkan aktiviti uni.. takpe la sekurg2nya masa takde la terbuang dengan perkara perkara tak berfaedah.. haha~ sebab kat sini banyak gak masa terbuang dengan pekara2 yang laghor.. haha~ *terkeluar sudah bahasa boom bastik*

- nie la keadaan tunggu bas -

So adakah korg tau apakah itu 1citizen ? 1citizen nie salah satu program yang di anjurkan oleh kerajaan kot *nmpk ada perkataan kot disitu tak berapa nak pasti* haha..

- keadaan dalam kelas seramai 28 orang student -

Antara objektif 1citizen nie ialah untuk :

  • untuk menyemaikan semangat kewarganegaraan , kerjasama , tanggungjawab dan pemilikan kepada masyarakat semasa pengalaman dalam talian digital
  • untuk mempromosikan mesej positif dikalangan belia
  • untuk menggalakan aktivisme belia dan sukarelawan.
program nie di jalankan di Kampus gambang.. so terpaksa la kita org pergi ke gambang untuk hari sabtu dan ahad.. hari sabtu di penuhi dengan pembelajaran belajar tentang 8 element iaitu e-access , e-literate , e-rule , e-safety , e-interaction and collaboration , e-interprise, e-care dan e-accountability..

sedar tak sedar sebenarnya program nie bnyk memberikan pendedahan kepada EE tentang penggunaan internet secara selamat.. seperti memberikan maklumat kepada orang yang tidak dikenali sehingga boleh membahayakan diri sendiri.. seperti facebook kita.. kekadang kita tak perasaan yang sebenarnya maklumat diri kita telah terbongkar disebabkan kecuaian diri kita sendiri.. seperti menunjukkan gambar , tarikh lahir , alamat tempat kita dan lain2 lagi..

ini boleh menyebabkan orang luar atau org jahat boleh mengetahui maklumat peribadi dan lokasi kita... selain tue gak program nie mengajar macam mana kita nak berwaspada dengan teknik2 hacking.. seperti phishing , malware , spyware dan macam2 lagi..

- sli exam 1citizen.. -

EE kasi contoh simple la ekkk.. macam kita nk login bank.. banyak dah skrg website scam dan phishing di buat untuk mengetahui id bank kita.. dan ramai yang tak sedar kita tertipu dengan benda2 nie.. melalui cara menghantarkan link atau lain lain... So program nie membuatkan EE sedar tentang pekara2 nie...

program nie dijalankan selama dua hari iaitu sabtu dan ahad.. so ada kat gambang dua hari ler... penat bukan sebab program tapi sebab tunggu bas je.. haha~ ahad plak ada exam.. hehe.. alhamdulillah exam EE lulus.. bukan senang nak lulus.. sebab bahasa yang digunakan untuk exam agak boombastik sikit.. lalalala... 

so lepas nie korg pon kena gak berjaga2 dengan internet nie.. kekadang dia boleh membantu kita tapi kekadang dia leh membuatkan kita merana.. lebih bahaya.. hahaha~
- dari kiri : lan , fikri , purong , meri , pakwan -

selain daripada test exam ada gak pertandingan portfolio.. sapa terbaik leh dpt duit.. menang.. tapi takde idea.. sapa ada idea leh private mesej kita sembang kat facebook yee.. hahaha..

p/s : kalau korg pergi korg akan tengok banyak je video.. hahaha.. sikit2 video.. hihi..


2 comments:

  1. Umi sokong apa yang ma kata ..internet ni memudahkan kita mencari maklumat ..tapi dlm diam kalau kita tak pandai ..turut membahayakan keselamatan kita ..jika maklumat terperinci tentang kita tersebar ..

    nice info ma (^_^)

    ReplyDelete
  2. yup...
    banyak sudah kes jenayah di malaysia berlaku akibat daripada penggunaan internet sendiri...
    walaupon negara makin maju tetapi kes jenayah tetap tidak dapat di bendung..

    - EE -

    ReplyDelete

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails