Tuesday, September 11, 2012

WPP dan PTPTN

Assalamualaikum..

So hari nie EE nak cerita pasal WPP.. korg tau ke WPP tue apa ke benda ? Pada mulanya EE sendiri pon tak tau apa tue WPP.. sebab mereka dok sebut sebut WPP... so WPP tue ialah Wang Pendahuluan Pembiayaan... Kerajaan memberikan wang nie kepada Mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti bagi yang kurang kemampuan macam EE nie haaa.. hahaha~

So tujuan diberikan dahulu wang nie untuk pelajar gunakan bayar yuran , kelengkapan diri dan kegunaan penting sepanjang berada di universiti... WPP nie diberikan dalam bentuk waran cheque yang perlu ditunaikan pada hari sabtu yang lepas... *kira benda nie dah lepas tapi EE nak cerita gak :P*

kena baca agreement dlu boh.. haha

So waran nie telah selamat smpai di rumah 5 hari sebelum expired date pada 8hb sept 2012... Apa yang membuatkan kurang puas hati ialah tarikh waran nie di pos adalah pada 25hb ogos.. tak ke lama waran nie berada di dalam pejabat pos tue ? haizzz... bukan apa.. ada sesetengah member EE yang sangat2 perlukan duit nie untuk kegunaan segera... ianya menyusahkan sesetgh pihak macam EE dpt waran nie lepas EE dah masok U.. tak pasal2 kakak EE kena pos laju ke ump... jauh juga berjalan waran WPP nie.. hehe~

apa2 pon WPP nie dah selamat di masokkan ke beberapa bank akaun.. haha.. kira wang tue dah separate kita nak guna utk masa hadapan..

WPP nie adalah sebahagian daripada wang ptptn... bagi yang mendapat ptptn wang mereka akan di tolak sebanyak rm500 untuk sekali masok... So kalau nanti korg dapat duit ptptn rasa macam short tue jgn salahkan ptptn ekkk.. hehe.. maybe dia tolak duit daripada WPP...

dan

ada juga kemungkinan yang duit PTPTN korg tak dpt.. so nanti korg kena bayar dengan kerajaan secara ansuran... *yang tue tak tau lagi cara macam mana*

............................................................

untuk pengetahuan semua... result utk status PTPTN telah pon di umumkan bagi sesetengah Universiti.. macam universiti EE result telah di ketahui.. Alhamdullillah dapat PTPTN... boleh sara hidup lepas nie.. hahahaha.. tapi nak bayar balik nie hampir separuh umor baru langsai hutang PTPTN... kekekekeke...


al maklumlah.. hanya PTPTN je nak terima kita... MARA , JPA dan lain2 tak nak terima kita... so kita amik je mana leh amik dulu ye... :D

bagi yang nak check PTPTN boleh pergi ke website nie  http://www.ptptn.gov.my/gateway/


langkah seterusnya kalau permohonan korg diluluskan korg kena download surat berkenaan di website PTPTN.. tapi buat masa nie website PTPTN bengong sikit.. maybe sebab ramai sangat yang akses.. so korg kena tunggu sikit dalam dua atau tiga hari... 

harap2 member2 EE yang dapat PTPTN tue gunakan dut dengan betul2.. jangan guna benda yang laghor.. dan berfikir dulu sebelum berbelanja.. mana la tau kot2 moncah berbelanja.. hehe~

: )





p/s : nanti nak wat post cerita pasal sorg hamba Allah nie.. tapi takde idea... hahaha~

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails