Saturday, September 1, 2012

Bye bye Ipoh

Assalamualaikum...

beberapa minit lagi akan melangkau ke 1 September.. terasa kejap sangat masa berlalu.. 3 bulan cuti dekat rumah dan sekarang ? OMJ ( oh mak jemah ) dah nak tinggalkan rumah , tinggalkan mak , tinggalkan abah , tinggalkan kakak kakakku , tinggalkan ipoh... waaaaa~ sob sob *lap air mata sikit*

esok EE nak berangkat ke pahang sudah.. so maybe perjalanan akan mengambil masa dalam 7 jam.. *banyak bawak barang* so esok tak boleh la nak bawak laju laju.. kereta berat dengan orang dalamnya dan barang2 yang nak bawa banyak sesangatnya.. beg EE kalah beg perempuan.. wahahaha~ ye la kan duduk jauh dekat pahang.. saya orang ipoh... *wink wink*

so apa nak di katakan... terpaksa la berkorban.. apa la ko nie azree belajar kejap je 4 tahun je.. tak lama pon.. macam ko dulu la pi asrama sek men.. 5 tahun je. kejap kan ? pejam celik pejam celik ko dh PMR.. pejam celik pejam celik ko dah SPM tau tau dah masok matrik.. akhirnya ko keluar juga kelompok orang perak merantau ke negeri orang...

aku harap orang2 pahang leh terima aku *chewah gaya macam nak duduk sana terioh bak ang* so rasanya lepas nie akan busy dan busy dan sentiasa busy.. kena sesuaikan cara hidup dekat uni.. sebab orang kata cara hidup sek asrama , matrik dan uni lain daripada lain.. so kita tengok dan lihat apa yang akan terjadi.. hehe~

apa apa pon EE kena bersedia gak untuk masuk ke alam siswa untuk menuju puncak ke menara gading.. Doakan EE dan kawan2 EE berjaya di sana yee... Semoga menimba banyak ilmu dan mencari keberkatan dalam mencari ilmu... tak lupa juga tahniah kepada rakan2 yang berjaya melanjutkan pelajaran tak kira la korg ipta ke ipts ke kita sama je.. janji belajar kan.. :)
.
.
.
Habis la esok ada sesi mengeluarkan air mata di rumah saye.. *kena sediakan tisu nie*

Sori sebab post nie bnyk sangat tanda **

Sori juga sebab post nie takde gambar so anda kena rajin sikit membaca.. hihi~



No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails