Friday, August 31, 2012

Merdeka !!

Assalamualaikum...

sila tengok smpai abis..hihi~

hari ini hari jumaat post terakhir EE pada hari raya haritu.. kesibukkan melanda diri apabali begitu sibuk untuk membuat persedian menyambung pelajaran.. insyaAllah EE akan buat satu post berkenaan dengan hari raya haritue.. hehe~

so post yang nie nak cerita sikit pasal Hari Kemerdekaan..

Apa itu kemerdekaan ? haha.. yang orang tau merdeka tue maksudnya adalah bebas.. kebebasan kita daripada penjajah.. itu yang kita belajar waktu sek men dalam sejarah.. *wah sejarahwan gitu* tapi semakin lama semakin berkurg semangat patriotisme di kalangan kita masyarakat malaysia.. bukan anak muda je bahkan orang yang berumur..

yup EE sokong malaysia telah lama merdeka.. sudah 55 tahun kita merdeka.. tapi adakah kita benar benar merdeka ?

itu satu persoalan yang timbul di minda EE... huhu~ secara amnya.. hanya laungan kemerdekaan sahaja yang kedengaran tetapi pemikiran dan keperibadian kita EE rasa belum lagi merdeka.. kalau ikutkan dripd segi perspektif islamnya kita masih lagi belum merdeka daripada segi rohani tetapi daripada segi jasmani kita sudah merdeka sebab hidup kita tidak seperti 55 tahun dahulu. di bunuh , di dera , di sekat kebebasan dan lain lain...

anak anak muda masih belum merdeka lagi pada zaman nie kerana mereka masih mengikuti ideologi orang barat tentang pemakaian , pergaulan , dan peradaban yang bukan berunsurkan islam.. Jadi kemerdekaan yang sebenarnya ialah kita kembali kepada status Hamba Allah... menjadi Hamba Allah dan mengikuti suruhan dan laranganNya..

EE tau masing2 mempunya pandangan sendiri untuk menghuraikan apa itu kemerdekaan tapi ini adalah pandangan EE berkaitan dengan kemerdekaan... Wahai umat Islam Malaysia.. Marilah kita merdekakan diri kita !!

: ' )
Apa2 pon kita sedekahkan Al-Fatihah buat pahlawan pahlawan yang telah gugur syahid mempertahankan negara kita untuk memerdekakan negara kita ini.. Moga2 mereka berada di kalangan orang2 yang soleh.. Amin~

.
.
.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 55

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails