Wednesday, June 3, 2009

Stadium Sultan Mizan runtuh

KUALA NERUS - Stadium Sultan Mizan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak, berharga RM 450 juta yang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini.

Keseluruhan bumbung ‘grand-stand’ membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja. stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali.

Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap.

Menurut saksi Hanafiah Osman, 27, kira-kira jam 9.30, beliau mendengar bunyi ‘krak’ dibahagian belakang stadium tersebut dan terus bergegas meluru ke bahagian itu kerana kereta beliau diletakkan di bawah bumbung.

Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta ‘kancil’nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang jatuh.

“Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi ‘krak’ (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,”kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap.

“tengok (pagi tadi) nampak macam lendut dah, kemudian baru saya bercakap sesama kawan-kawan, tiba-tiba atap itu runtuh,” tambahnya.

Seorang lagi saksi, Razali Ibrahim, 37, berkata beliau hanya dapat melihat sahaja, motosikalnya ditimpa atap yang runtuh kerana menurutnya kejadian berlaku terlalu cepat, antara seminit hingga dua minit.

“Saya tengoklah kejadian (atap) jatuh tu, dia bermula dari depan tu,”katanya menunjukkan bahagian tengah belakang stadium dimana beliau mendakwa kejadian mula berlaku.

“Dia bunyi (kejadian) sekejap saja….. prak…..prak….. terus jatuh selalu (serta merta),

“saya sedang baiki lampu (stadium) disebelah sana, tak sempat (selamatkan motosikal), tengok ajalah,”ujar Razali.

Stadium yang dianggap ‘tercanggih’ di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan ‘impian menjadi’ kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

No comments:

Post a Comment

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails