Wednesday, December 25, 2013

[WTS] Topeng Guys Fawkes


Topeng Guys Fawkes [Limited stock]

ada 2 warna (putih dan kuning)

RM20 only with postage!!!

Pm FACEBOOK / msj : 0175509742 for detail & order.

Annual Grand Meeting

Post kali nie ak rangkumkan semua sekali.. muahahaha.. memandangkan ak pun kekurangan masa nak update banyak kali so ak update semua terus..

Walaupun cerita nie dah basi sikit okey.. hahaha

----------------------------------

AGM Kelab Memanah.

Diadakan pada hari khamis bersamaan 12hb dis 2013.. Okey ak cerita sikit la latar belakang kelab memanah nie.. Kelab nie baru di tubuhkan pada bulan september 2013.. Hasil usaha seorang rakan ak Pak Cik Fauzy yang bertungkus lumus untuk menubuhkan kelab nie.. Selepas bersusah payah utk turun ke UMP Gambang berjumpa dgn pihak JHEPA akhirnya kelab ini telah di tubuhkan secara rasmi..


Kiranya nie adalah AGM yang pertama untuk kelab nie.. Antara yang dibincangkan dalam AGM kali nie adalah memberitahu tujuan , matlamat dan visi kelab ini di tubuhkan.. Salah satu sebab kenapa kelab nie di tubuhkan adalah membuka peluang kepada student UMP Pekan utk menceburi bidang memanah.. Maklum la Pekan nie kurang sikit permainan berbanding di gambang.. Padang bola pun baru nak siap yang ada hanyalah court basketball dan futsal je.. haha

Ak tahu kelab yang baru ditubuhkan ini mempunya banyak cabaran dan dugaan terutama daripada segi pentadbiran jawatankuasa.. InsyaAllah ak percaya kepada Presiden Fauzy utk memimpin kelab ini.. 

----------------------------------

AGM Kelab Taha@U

 
Kelab taha nie klu review balik post ak yang lama2 nie selalu je muncul.. sebab aku ada join aktiviti diorg.. hahaha... Pada 21hb dis 2013 telah di adakan AGM Kelab Taha@U kali ke 3 di WDKUS01 UMP Gambang.. Alhamdulillah AGM nie berjalan dgn lancar.. haha.. Ak selaku orang yang mempunya jawatan dalam organisasi nie terasa la sikit sedih utk letak jawatan.. hahaha.. Tapi dalam sedih2 tue ada gak gembira sebab telah hilang satu bebanan amanah yang diberikan kepada aku utk menguruskan organisasi nie.. 

Dalam agm nie aku ada la kasi sikit presentation.. Agk gementar bila berhadapan dgn ramai orang.. tak rasa langsung macam ak present dalam kelas.. LOL.. Maybe softskill kurang dan kena kuatkan lagi softskill nie supaya lebih mantap pada masa akan datang.. 

Barisan kepimpinan baru dan lama
 Apa2 pun ak ucapkan Tahniah kepada kepimpinan baru yang diketuai oleh Saudara Muzakkir.. InsyaAllah kepimpinan baru ini lebih mantap daripada kepimpinan sebelumnya.. Lebih power daripada kita org.. Aktiviti yang akan dijalankan lepas ini oleh Kelab Taha akan lebih gempak dan berkualiti selepas ini.. hehe.. 

Yang Penting AGM nie ada makanan.. Haha..

 ----------------------------------

AGM SMACH

Kepimpinan SMACH yang baru

SMACH atau nama lain dia Society of Manufacturing and Mechatronic Student telah mengadakan AGM pada malam semalam 24hb Dis 2013.. AGM nie di adakan bagi melantik kepimpinan baru fakulti.. haha.. Senang cerita SMACH nie kelab fakulti aku la.. haha.. Kalau kelab student mekanikal nama dia MECHAPRO , klu fakulti electric nama kelab diorg EEES *triple ES*.

Antara yang di bentangkan dalam AGM nie berkaitan dgn aktiviti yang dilakukan oleh SMACH serta perbelanjaan yang digunkan oleh SMACH sepanjang 2012/2013... Presiden SMACH pada sem nie adalah saudara Afiq dan timbalan presiden saudari Soliha.. 


Mereka juga membentangkan tentang perancangan yang telah mereka bincangkan sesama kabinet antaranya adalah RoboCup , Program Ikatan Kasih , Sukan antara fakulti , Perasmian Galeri , Dinner Fakulti , Anugerah Ir Muda dan Dekan , dan lain lain lagi..

Yang penting AGM nie ada makanan.. Haha..

Sunday, December 15, 2013

Pilihan Raya Fakulti Kejuruteraan Pembuatan


InsyaAllah pada isnin ini bersamaan 16hb Disember 2013 akan diadakan pilihan raya fakulti pembuatan.. seramai 16 orang calon yang telah memberanikan diri mereka untuk merebut jawatan di dalam SMACH.. haha..

SMACH ini adalah nama persatuan fakulti kejuruteraan pembuatan.. Antara manifesto yang diberikan oleh calon-calon ini adalah :

  • Akan memperbanyakkan lagi lawatan industri kepada student FKP supaya mereka lebih terdedah dgn industri.
  • Membina sebuah galeri di mana boleh meletakkan segala projek2 yang di lakukan oleh pelajar tahun 1,2,3 dan 4 khususnya.
  • Mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan sesama student serta lecturer dan kakitangan di fakulti.
  • Menghidupkan kembali klinik akademik fkp supaya dapat meningkatkan lagi pointer.
  • Berbincang dgn pihak kafeteria fkp supaya dpt mengadakan makanan ekonomi untuk student.
  • Mewujudkan ruangan belajar / tmpt student fkp untuk berlepak berdekatan dgn kafe.
  • Menambah carpet di surau serta memperbaiki aircond di surau.
  • Meletakkan kata kata hikmah / hadis di kawasan susur fakulti / di dinding2.
  • Menjadi penghubung cara antara pelajar dan kakitangan serta lecturer.
Vote4KokWee
Vote4Soliha
Vote$Faiz

Vote4Zulaiha
Vote4Iqbal
Vote4Miera
Vote4Athia
Vote4Zima
Vote4Mastura
Vote4Khairi




Itu adalah diantara manifesto yang ada.. ada banyak lagi. haha.. tapi itu je yang aku ingat.. Antara calon2 yang memasuki pilihan raya fakulti (PRF) ini ada yang ak kenal dan ada yang aku tau bagaimana mereka bekerja.. Ada di antara mereka yang begitu berbakat dalam menguruskan organisasi yang lebih teratur.. Bukan sahaja menguruskan organisasi malah mereka juga mempunyai pointer yang tinggi..


Apa2 pon selamat berjaya kepada semua calon PRFKP 13/14.. :)


p/s : actually ak bukan berat sebelah.. haha tapi yang ak jumpa poster banyak nie je.. LoL

Monday, December 2, 2013

29 November 2013



Alhamdulillah..

Aku dah melepasi tarikh ini.. Mungkin ini tarikh yang takde nilai bagi sesiapa.. tetapi mempunyai sentimental value bagi aku.. Haha.. Apa2 pon ak bersyukur dapat hidup sehingga ke hari ini.. Ak menadah tangan berdoa kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Besar Tuhan Sekalian Alam.. Semoga di panjangkan umur.. Di murahkan rezeki.. Berbahagia bersama orang tersayang.. Di berikan kesihatan tubuh badan untuk berbakti kepadaMu Ya Allah.. Berbakti kepada kedua ibu bapa dan berbakti kepada AgamaMu Ya Allah.. Ak memohon agak dijauhi daripada segala perbuatan maksiat dan mungkar.. Semoga hidupku ini di redhai Allah.. Amin.

^___^

Wednesday, September 25, 2013

Adventure of Taha




Alhamdulillah pada sabtu yang lepas bersamaan 21 haribulan telah berlangsungnya Adventure of Taha.. haha.. Apakah Adventure of Taha atau dikenali sebagai AOT nie ?

AOT sebagai nama singkatan kepada camping nie yang di anjurkan oleh Kelab Tabung Haji @ UMP dengan usaha sama Kela Camp Adventure dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA UMP)





Seramai 60 orang peserta bersama dalam camp ini.. Ee juga adalah salah seorang daripada peserta di AOT nie.. Antara aktiviti semasa AOT adalah belajar untuk berenang atau water confident , berakit , jungle tracking , night walk , solo night dan khidmat bakti di perkampungan orang asli..

Ketibaan kita orang di sambut oleh pelatih pelatih di Kela Camp.. Hehe.. Sampai je di Kela Camp kitaorg semua diberikan taklimat ringkas.. Sesudah taklimat terus ke aktivit water confident.. hahaha.. memang ngam dengan cuaca ketika tue.. Panas Panas Panas.. Tetiba masuk pulak dalam sungai yang airnya agak sejuk.. haha..







Ada orang kata , jenis berbadan besar nie senang terapung.. haha.. tapi waktu water confident tue aku rasa susah je nak terapung.. Maybe confident takde.. takut lemas.. takut air masuk dalam telinga.. Maybe takut macam macam.. Walaupun sudah pakai safety jacket pelampung warna oren.. haha.. Apa yang ee dapat semasa aktivit nie ialah mengatasi ketakutan yang ada.. Ya ! Dulu waktu sekolah rendah ada kem kepimpinan time tue ada juga buat water confident dan aku pernah lemas… hahaha.. starting dari haritu perasaan takut untuk lemas tue ada.. Tapi Alhamdulillah perasaan tue boleh di atasi..





Aktiviti kedua adalah berakit.. Hehe.. Nampak macam senang je rakit nie.. Tapi sebenarnya susah.. Kalau air sungai tue deras memang susah.. Kalau air slow oke lagi.. Kalau tempat tue berlikuk pikuk pon susah gak.. Kalau tempat tue banyak batu pon tak leh gerak gak.. Kekuatan fizikal dan mental kena ada kedua2nya.. Macam mana kita nak kawal direction rakit tue.. Siap ada yang berlanggar dengan batu.. Patah buluh pendayung.. haha.. Macam2 ee belajar kat situ.. Ilmu yang dapat waktu AOT nie takkan dapat kat mana2..

Night Walk – Yaaaa nama pon kem kan ? mesti ada night walk baru best.. haha.. night kita orang berjalan masok ke ladang kelapa sawit + getah + hutan sikit2 + tak Nampak gelap.. hahaha.. ada 3 checkpoint.. dari tempat mula ke checkpoint pertama kami bersama jurulatih.. Group ee masok ke ladang getah.. haha.. tempat yang curam dengan kasut yang dh bermulut buaya agak susah.. haha.. nyaris tanah tak licin.. kalau tak memang ada yang buat free show jatuh tergolek2.. haha.. Sampai di checkpoint kedua kita org kena bergerak sendiri tanpa jurulatih dan berpandukan lampu kelip2 merah.. haha.. Disebabkan cahaya bulan yang agak terang menyebabkan rasa takut tue hilang.. sebab boleh Nampak keadaan dalam hutan tue macam mana.. Haha.. Sampai ke checkpoint ketiga kita org kena buat test pendengaran.. Dengan bunyi semula jadi dan buatan manusia.. Bunyi semula jadi yang boleh kitaorg dengar ialah bunyi burung hantu , cengkerik of course , bunyi belalang , bunyi sungai , bunyi unggas dan lain lagi.. Bunyi buatan manusia – bunyi botol , patah kayu , potong kayu , masok semak dan lupa lagi satu *ngatuk time tue tertido jap.. hahaha* akibat dripada tak dpt jawapan grouping ee kena pumping lebih kurg 20 kali.. Haha.. dalam2 hutan kena pumping MMG TERBAIK !!!

Selesai test pendengaran kita org di lepaskan seorang demi seorang sampai ke finishing line *konon* Mmg tak jauh untuk jalan seorang2 tue.. ada dalam 500 meter mcm tue..  Pada asalnya ee berjalan juga.. Mana tau ada surprise di pertengahan jalan mcm kem bridge siswa.. haha.. tetiba keluar patung hantu depan mata.. So time tue mata segar melilau sana sini.. kekekeke.. tapi hampa kejutan tue takde.. haha.. Walauapapon night walk nie best.. Jalan agak mencabar turun naik bukit dalam keadaan tak berapa nak Nampak.. hahaha… Aktivit nie dapat gak pengajaran antaranya semangat kerjasama.. Saling bantu membantu antara satu sama lain… bagaimana kita nak survive dalam hutan sorang2.. mungkin dalam kelas benda nie tak di dedahkan tapi pekara2 sebegini juga rasanya kita perlu tau serba sedikit kan ? hehee~

Tak di lupakan juga dalam kem sebegini perlu juga ada input kerohanian.. Antara program kerohanian ialah bacaan tadarus al quran di malam hari selepas sembahyang isyak dan qiamulail.. bacaan tadarus al quran ini untuk memperbaiki bacaan surah lazim yang sering di baca.. selain menambah ilmu yang kita sendiri kekadang tak tahu atau kita sendiri terlupa.. Seharian busy dengan dunia.. apa salahnya meluangkan sedikit masa bersama Maha Pencipta.. Memohon ke ampunan dan hajat sesuatu kerana Allah sukakan hambaNya memohon segala bantuan.. Ini menunjukkan bahawa diri kita ini tidak berkuasa.. Hanya Allah yang berkuasa mutlak di dunia ini..







Keesokkan harinya kami membuat keje khidmat bakti di perkampungan orang asli.. Menurut sumber di sini.. Perkampung ini adalah salah satu rancangan kerajaan di mana mengumpulkan orang asli di kawasan itu dan duduk di rumah yang di bina.. *maksudnya rumah batu* walau bagaimana pun rumah lama mereka di dalam hutan tetap ada juga.. Antara aktiviti yang di lakukan adalah membersihkan kawasan persekitaran tadika , surau dan balai.. Beramah mesra bersama anak anak orang asli di sana.. Pada yang dapat di lihat di sini kehidupan mereka begitu jauh dengan kita.. daripada segi kemajuan teknologinya kita lebih maju.. daripada segi ilmu akademi secara formal kita lebih maju.. tetapi dari segi ilmu tak formal MEREKA LEBIH MAJU DAN PAKAR… Jadi janganlah kita perkecilkan mereka.. Jelas Nampak di wajah mereka keseronokkan ketika kami dtg ke sana.. Haha.. Seronok kali kedua aku pergi ke perkampungan orang asli.. Diorg mmg supporting..  (sampai2 aku dengar lagu najwa latif I’m sorry) ^______^

AOT yang di jalankan selama 2 hari 1 malam nie sebenarnya tak cukup puasa.. Masa terlalu singkat.. rasanya tak sampai dua hari.. sampai pukul 3 petang.. balik pukul 3 petang.. Rasanya hanya ada 24jam saja di camp tue.. Seronok , enjoy , tarbiah yang ada di mana2 Cuma tempat sahaja yang berbeza..  InsyaAllah program2 macam nie boleh di perbanyakkan lagi pada masa akan dating.. HAHA.. Walaupun urat urat badan dah lama tak di tegangkan sekali tegang mmg terasa.. HAHAHA…









Special thanks to pengarah program siti aisyah dan anak buahnya yang menjalankan AOT nie dengan jayanya.. Haha..

-Ma StOrY-

Related Posts with Thumbnails